h1

Eidul Adha Mahabbah Project 2011

November 7, 2011

Innamal a’maalu binniyyat. Moga niat kita masih diatas landasanNya. =)

Alhamdulillah, baru pulang menjayakan Eidul Adha Mahabbah Project anjuran Alumni Comrade. Kami merayakannya di Kg Husin, Sg Siput (U), Perak. Kali ini adalah kali keempat saya tidak beraya di kampung.

-Yang penting, redha ibu bapa. Sedang untuk berjihad adalah sama sekali dilarang jika tidak mendapat redha mereka. Redha mereka penting!-

Sayu membaca status kakak:

Buat Raihan Farhanah yang tak pulang berhari raya, kami mendoakan keselamatan, keberkatan dan kerahmatan Allah dalam usaha dakwahmu. We are very proud of u!

Tersentak. Sejauh mana dakwah yang dilakukan. Muhasabah. Our program is not just for fun. Ketawa, ketawa juga. Isi kena ada. InsyaAllah. Program ini berisi. ;)

Antara aktiviti yang dilakukan:

1- Ziarah

Amek dan Abe serta seluruh keluarga menyambut mesra. Saya tahu mereka sayang saya=p Noralimah yang cantik, diam membuat kerja dapur, diasak-asak saya, kononnya dia sombong tidak mahu menegur, akhirnya datang mencium pipi.

Bertuah mempunyai keluarga angkat ini, yang amat menghargai ahlinya. Ternampak gambar pasport yang mereka minta dari saya. Tergantung dengan gambar-gambar pasport mereka. Comel.

Solat Eidul Adha dilapangan

2- Solat raya di lapangan bersama penduduk kampung.

Risau juga tidak ramai yang turun. Alhamdulillah. Ramai yang turun. Kira-kira 50 jemaah saya kira.

Hikmahnya, saya fikir, setidak-tidaknya mereka terdetik mengapa Eidul Adha dirayakan. Lalu menambah pengetahuan mereka dengan pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Setidaknya mereka tahu betapa kita kena merayakannya, bukan sekadar duduk di rumah dan memasang lagu Jelmol kuat-kuat.

Semoga gunung ganang dan serata makhluk juga mengaminkan.

Saya sering mendoakan bila kita solat di lapangan, orang kampung senantiasa tahu bahawa sepenat mana pun anak-anak UIA berprogram, datang dari jauh tapi masih mampu melaksanakan solat. Moga mereka tahu betapa pentingnya solat kepada kita sebagai seorang Muslim.

Khutbah yang dibaca Pandak Jiju

3- Ibadah Korban

Kasihan! Mengenangkan anak-anak muda UIA yang bertungkus lumus merebahkan seekor lembu. Memang tak mudah, namun mereka berjaya! Walau terdengar jerit Abang Shukri,”Pegang! Jangan lari!” kepada beberapa yang bingkas bangun bila lembu meronta kuat.

Anak-anak kampung melihat abang-abang menyembelih haiwan korban.

Tak kurang dengan yang disaluti najis lembu sehingga ke paras pinggang. Haha! Hanya mampu tersenyum. Bersyukur kerana tiada dikalangan mereka adalah abang-abang atau adik- adik atau suami-suamiku. Kalau tidak, sayalah yang kena membasuhnya. Tak nak!

Mirul, diantara mangsa-mangsa najis lembu=p Thanks to him yang bersusah payah mengumpul wang sehingga mencecah RM700++ derma orang ramai untuk program ini.

Peningkatan dan hikmah: Orang kampung berani melihat lembu disembelih. Dan mereka juga belajar menyembelih lembu dan merebah lembu.

Nota tambahan: Meningkat rasa hormat kepada Fadli yang menyembelih lembu. Orang muda yang hebat!

Fadli, memakai baju kelabu hitam dan berseluar biru. Hebat..

4- Musafir ke air terjun (gambar belum ada)

Dengar kata, ada yang mencari hikmahnya. Terlalu banyak! Cuma mungkin kita yang tidak terfikir.

a. Kita hanya makhluk yang amat kecil, sedang Allah menjadikan gunung-ganang yang lebih besar dari kita. Tidak takutkah? Sedang gunung-ganang itu tatkala diturunkan ayat-ayat Quran nescaya akan bergegar, lalu siapakah kita untuk bongkak?

b. Kata kak Dyna yang masih terngiang, “Biasakan diri untuk melakukan aktiviti lasak, nescaya ia akan melatih diri menjadi seorang yang tidak putus asa.” =)

c. Semangat kesatuan. Mungkin ice breaking untuk kami. Semakin rapat dan meriah setelah ke air terjun.

Perjalanan ke air terjun yang bukan lagi seperti dulu. Dulu cabarannya lain. Kali ini cabarannya lain. Pelbagai gaya yang dilakukan. Menggelungsur, memanjat, memeluk pokok demi pokok (adegan yang paling tak boleh diterima). Bila pulang, hari menginjak malam. ketika itulah semakin kita belajar untuk menjaga kebajikan rakan-rakan. Bukan hanya kita. Langkah yang diambil harus bijak.

Terima kasih kepada semua. Tidak saya lupakan walaupun penat melangkah dan memeluk pokok demi pokok, masih sempat main baling-baling barang dari Irah kepada Salillah, dari Salillah kepada saya, dari saya kepada Din. Hahah.

Tidak saya lupa juga perjalanan malam yang dibantu kuat oleh Shamsuri, Din dan Faisal. Dihiburkan oleh Rais. Ditakutkan juga oleh entah siapa dengan bunyi kerbau pendek.

Hikmahnya banyak. Cuma kita perlu lebih mempelajari ilmu hutan. Tahniah kepada kalian yang berjaya. Semoga lebih tabah dan tidak berputus asa. Ini baru sedikit. Percayalah!

Teringat kata-kata Anis. Sewaktu dia di darjah 2, bersalut lumpur di perjalanan kami ke Pos Balar di bulan tengkujuh. Katanya,“Buat apa geli dengan tanah. Bukan kah kita juga dari tanah?”

Semua gembira!

Kita berdakwah. Kita juga didakwah disana. Terima kasih semua.

p/s: Pak Cik Mad dan Pak Teh yang datang kenduri, warga peserta, warga kampung Husin, Ustaz-Ustazah MAIP. Moga Allah merahmati kalian. Ameen~

One comment

  1. terharu…….



Send Your Feedback Here

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.